Rabu, 6 April 2011

Kursus Asas Bina Blog

Sempena Minggu ICT SMKBBS 2011, satu kursus bina blog telah diadakan khusus untuk wakil-wakil Unit Beruniform. Tujuan kursus adalah untuk membimbing pelajar mengendalikan blog unit beruniform masing-masing. Kursus tersebut diadakan pada jam 3.00 ptg bertempat di Makmal KDP.

Wakil Briged Siber , Nursyahira Sulaiman ikut sama berkursus

Selasa, 8 Mac 2011

Mesyuarat Agung 2011

Mesyuarat Agung Briged Bestari telah berlangsung pada 9 MAC 2011, bertempat di Makmal KDP. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilik Ahli Jawatankuasa badan ini bagi sesi 2011. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Penasihat Kelab iaitu Cik Zainab Idris dan En Ahmad Husssaini Basha. Beberapa aktiviti tahunan juga telah dirancang untuk dijalankan pada tahun ini.

Ahli Kelab bersama Guru Penasihat Kelab
Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik